Maukah Engkau menjadi Laksana Kapal yang Tertidur?
Saat ummat manusia tetap merupakan benda semata di dunia
Maka akan dibawa serta, seperti dalam kapal, tertidur.
Apa yang dapat mereka lihat dalam tidur?
Manfaat atau hukuman apa yang ada?
Banyak yang orang mencintai wanita, tetapi banyak pula yang berkata,
“Mencintai wanita adalah awal dari sebuah derita.”
“Mencintai wanita adalah awal dari sebuah derita.”
Bukan wanita yang membuat derita. Tetapi mencintai wanita yang tidak mencintaimulah yang akan menciptakan derita bagimu.
Malapetaka paling besar adalah bila engkau mencintai seseorang yang sedang mencintai orang lain. Atau jika engkau mengharapkan kebaikan seseorang, akan tetapi justru orang itu berharap agar kita celaka atau binasa. (Imam Syafi’i).
Jalaludin Rumi pun juga bertutur lewat syairnya.
Kerana cinta, duri menjadi mawar
kerana cinta, cuka menjelma anggur segar
Kerana cinta, keuntungan menjadi mahkota penawar
Kerana cinta, kemalangan menjelma keberuntungan
Kerana cinta, rumah penjara tampak bagaikan kedai mawar
Kerana cinta, tompokan debu kelihatan seperti taman
Kerana cinta, api yang berkobar-kobar menjadi cahaya yang menyenangkan
Kerana cinta, syaitan berubah menjadi bidadari
Kerana cinta, batu yang keras menjadi lembut bagaikan mentega
Kerana cinta, duka menjadi riang gembira
Kerana cinta, hantu berubah menjadi malaikat
Kerana cinta, singa tak menakutkan seperti tikus
Kerana cinta, sakit jadi sihat
Kerana cinta, kemarahan berubah menjadi keramah-ramahan